Wednesday, March 12, 2008

Tunggu Loan Approve

Aku tak sabar jer nak tunggu loan approve untuk rumah lelong aku ni,,,Lawyer tu kata lagi 2, 3 hari ni bank call la..

Kalau sampai khamis tade call,,,dia sroo aku call dia. Berdebar gak menunggu ni,,,buat nya tak approve,,terpaksa la aku cari bank lain plak,,masa dah la berjalan....Aku kene setel dalam 90 hari je,,,kalau tak,,burn la aku punya deposit,,,aduss,,,



Arini aku gi keje best jer,,sebab takde pressure...Boss-boss sume banyak cuti sempena cuti sekolah..Masa ni la time aku nak buat keje private skit,,,kalau boss2 ada tak sempat la..Bleh la aku monitor skit pasaran saham,,,tapi lani KLCI merudum teruk,,,aku malas nak main,,duk sideway jer....tapi bagi investor,,,time ni la best nak beli sebab semua harga tengah murah,,,Hari semalam KLCI halt 1 jam sbb saham merudum gila babas,,,arini aku tengok composite index pun naik slow jer,,,cuma nak tengahari tiba2 touch 1400,,,pastu jatuh balik jadi,1200++...



Selain tu bleh la gak aku sambung projek terbengkalai aku nak buat Ir. (PE). Tapi byk benda aku tak buat lagi,,,skang ni nak kene register kat IEM dulu baru bleh pegi interview. IEM ni leceh skit,,byk songel dia...member2 yang buat ngan BEM senang jer prosedur dia,,,tak byk kerenah...Tu la siapa sroo buat lambat...kalau masa muda2 dulu buat kandah setel dah....ni dah tua baru nak start,,,adusss...Tapi kalau tak buat kang,,cam tak best plak,,,,member2 sume dah ada title Ir...nanti aku jadi kuli je la sampai ke tua....eheh



Sambil2 tunggu loan approve ni bleh la aku timba ilmu kat forum BJ tempat favourite aku nih,,,Arap2 ada la berita gembira sehari dua nih,,,

Sunday, March 9, 2008

Pertama Kali Beli Rumah Lelong

Pada 29hb Februari aritu, aku telah berjaya memenangi sebuah rumah lelong di kawasan tempat aku tinggal. Semuanya berlaku terlalu pantas....betul kata orang peluang biasanya akan datang ketika kita tidak bersedia…

Aku langsung tidak bersedia pada ketika itu,,,sebab aku baru sahaja membeli sebuah rumah dan banyak duit telah habis untuk rumah tersebut. Duit EPF yang aku dapat pun telah aku bekukan di dalam saham koperasi,,,,jadi duit yang liquid memang la terlalu sedikit.,,

Ianya bermula bila satu flyers masuk ke peti surat rumah aku,,,dan aku sangat tertarik dengan iklan di dalam flyers tersebut. Salah satu sebab aku sangat berminat dengan rumah tersebut kerana market price di situ mmg tinggi dan average going rate mmg masyukkk,,,

Aku terpaksa membida melalui agent sebab tarikh bidaan terlalu singkat, tak sempat nak amik cuti,,,takut boss aku marah sbb bagi short notice..Lagi pula aku tak pernah masuk lelong..Ada sekali jer aku masuk bilik lelong,,,itu pun bukan sebagai pembida,,,sebab ianya mega auction,,siapa-siapa pun diboleh masuk...So pengalaman teramat kurang…

Sebelum aku buat keputusan untuk masuk didalam lelong tersebut, beberapa perkara telah aku buat seperti yang disyorkan oleh Azizi Ali. Walaupun aku tak pernah masuk lelong, aku telah banyak membaca buku-buku berkaitan lelong dan pernah sekali mengikuti kursus Azizi Ali di kuantan tidak lama dulu....

Perkara pertama yang aku buat ialah memeriksa rumah tersebut dan juga membuat sedikit feasibility study tentang rumah tersebut termasuk potensi return untuk investment rumah tersebut…Secara kasarnya aku rasa return adalah positif cashflow,,,Cuma budget permulaan tu yang agak tinggi…

Saturday, March 8, 2008

Iklan Jual Kereta Kat Internet Behasil,,,eheh


Hari ni antara hari2 yg happy dlm hidup aku sbb baru je berjaya jual kete volvo aku. Walaupun tak mahal cuma RM 3 ribu je,,,tapi aku puas sbb aku dapat jual melalui iklan aku kat internet..Banyak tempat aku iklankan,,,aku letak kat freeiklan, iklanpercuma, ebay, friendster,,,,tapi akhirnya sangkut gak sorang walaupun sebelum ni dah ramai yang msg dan calling nak tengok keta.

Fist aku dapat call dari Sg Rengit,,tak sangka plak Mat Salih dari New Zealand nak tengok keta aku,,,tapi sbb ada masalah transport hari dia nak datang tu,,,terpaksa la cancel. Pastu byk la msg aku terima,,,,tapi bila aku suruh dtg tengok byk je alasan,,,,

Ake sebenarnya dah give up dah jual kat org, ni ,,,aku pikir nak nak jual kat used car je walaupun harga rendah,,,tapi puas hati,,,tade la nak kene buat appointment sana sini,,leceh. Aku sebelum ni dapat buyer dari used car,,,,tapi malas lagi nak jual sbb masa tu bank dalam proses nak keluarkan geran.

Akhirnya,,,,dengan 2 hari deal. aku berjaya letgo volvo aku,,,,alhamdullilah...walaupun sedih gak sbb aku dah pakai 2 tahun dan dah byk benda aku buat..... Tapi sbb aku dah malas nak maintain dan komitment pun dah bertambah,,,,aku lepaskan juga la,,,,nanti kalau ada rezeki aku cari la balik model yang sama camtu,,,,,. Thank hasrul ssb sudi bli kete aku,,,,eheh. Dia kata dia jumpa iklan tu kat friendster,,,,aku pun dah tak ingat aku letak iklan kat situ.

Sebenarnya ni dah kali ke 4 aku jual kereta. First kereta arwah ayah aku,,,sbb aku yang last guna so aku la jualkan.....Kemudian kereta 1st aku,,,,aku jual kat orang tapi tak tukar nama,,,last orang tak bayar,,,so aku terpaksa serah keta tu kat bank utk lelong....Yg ke 3 keta volvo gak,,,tapi model 244, aku dah pakai 4 tahun,,,,tapi sbb body aku malas nak maintain aku jual kat org kampung,,,yang ni tade iklan pun cuma cari melalui kenalan jer,,,,.Yg last ni baru aku rasa diri aku betul2 seorang salesman sbb jual melalui iklan,,,hehe

So pasni,,,,aku akan lebih bersemangat nak jual benda2 kat internet ni,,,,tak sangka ianya berhasil...