Wednesday, September 24, 2008

Buffet Ramadan di Dewan Perdana Felda

Sebenarnya aku nak emailkan pic yang aku amik masa gathering kat dewan perdana tadi,,,,,server email ada problem laks,,,so aku ingat nak tepek kat sini je..So siapa yang bleh access bleh la copy kat sini je..Tpi klu server dah ok nnti aku email semula,,:)

Apapun aku nak ucapkan tahniah kpd Abg Ajoi,,,sbb susah payah arrange mini gathering ni,,,kalau tade dia mungkin tak jadi buat majlis camni...Walaupun tk brapa ramai datang tapi ok la,,,at least dapat jumpa dan rapatkan hubungan rakan2 lama.

Dalam ramai2 tuu,,,rasanya paling lama aku tak jumpa ngan Zahrin la,,,,rasa dekat 9 thun, last jumpa pun masa konvo...Sblm ni mmg ada soft reunion kat KL tapi kadang aku tak dpt pegi,,,tu yg tkleh jmpa tu,,,Tapi pasni ssh la aku nak jmpa korang lagi sbb dah nak kene pindah pasir gudang....:(

Utk Ajoi,,,klu nk arrange reunion tu jgn lupa put me in the list ok,,,mana la tau aku tersesat ke KL ke,,hehe. Oyer pastikan si Zaidi dtg,,,,sbb dia ni salu ponteng,,,hehe,,,jgn marah D!. Adi ngan Tahir so far komitment mmg bagus,,,and kalau nak buat jgn buat weekend nnti si Zahrin takleh join,,,hari lain sure dia available sbb bujang senang,,,hehe. Gang2 lain pun arap bleh join esp Zahir n Abe yang dah pindah klang valley..... Ok ni beberapa pic yg smpt aku amik. Sori la klu angle tak cantik,,,nak kene amik course senifoto dulu ni...hehe








Wednesday, September 17, 2008

Hari Kedua Habiskan Cuti

Hari ni merupakan hari kedua aku tak pegi office sebab menghabiskan baki cuti tahun aku yang ada 11 hari tu,,,
Walaupun tak pegi keje,,,rasa banyak plak perkara aku nak kene setel..tapi sume aku dah rancang cuma kene disiplin kan sikit la ikut planning takut nanti missed out plak sebelum aku berangkat ke Pasir Gudang

Sebelum cuti ni aku dah berjaya dapatkan rumah sewa baru di PG...Deposit pun aku dah setel,,lori nak pindah barang pun aku dah booking cuma tunggu masa je.
Loan umah aku ngan maybank aku dah isi form untuk buat standing instruction,,,sebelum ni bayar guna potong gaji sbb company aku bagi subsidi...
Semalam aku dah pegi KPF untuk transfer account dari staff to status anak peneroka. Dia kata prosedur taklah susah mana cuma perlukan pengesahan dari Pengurus rancangan jer...tak perlulah aku start all over cam orang yang baru nak buka akaun dan lama nak tunggu kelulusan sebab tunggu board meeting dulu...Harap-harap smooth transition la,,,sebab sayang nak kuar since KPF antara koperasi yang bagi paling tinggi return.,,,last year dividen + bonus dapat 16%....Cuma satu je la,,bila transfer nama atas status anak Peneroka limit terhad la,,sbb nak kene kongsi ngan adik beradik aku yang lain hahaha...

Itu yang aku dah setel...Yang belum setel lagi aku plan hari ni nak pegi Bank rakyat nak tanya dia camna aku nak setelkan personal loan aku sinice sebelum ni aku buat potongan gaji melalui koguna (Koperasi Perkerja Felda). Since aku tak layak lagi jadi member mungkin aku kene buat cara lain..guna SI atau cash...Hari tu call dia kata bleh transfer dlm bank acc aku je,,cuma aku nakkan confirmation dan nak isi borang2 tertentu kalau perlu.

lagi satu, pasal aparment aku...So far aku belum sewakan lagi. walaupun hampir setiap hari ada orang call dan tengok rumah tapi aku belum decide nak bagi kat siapa. Aku letak dateline minggu ni...sebab aku nak cari penyewa yang betul2 boleh dipercayai dan financial strong..takut jadi cam umah aku satu lagi salu bayar lewat,,,,tapi lately alhamdulillah payment dah cepat dan tak penah missed. Tapi sebab pengalaman dah ada so kene la berhati2...

Arini kalau ikutkan ada org nak tengok tapi derang nak datang belah malam...Malam ni plak aku nak gi umah adik aku kat senawang.....so terpaksa la postpone. Yang waiting list mmg dah ramai,,,cuma aku je malas nak confirmkan lagi. Harap2 aku dapat tenant yang betul2 OK.

Aku rasa pasni aku nak sambung balik citer umah lelong aku tu dari aku dapat sampai la aku dapat tenant,,,,,panjang gak citer tu,,,nanti aku sambung kalau ada masa....

Tuesday, September 16, 2008

Hari terakhir di Felda

Semalam adalah hari terakhir aku kat felda,,,,
Walaupun keje aku banyak lagi tak setel terutama payment untuk projek-projek semasa,,,tapi nak buat camna,,hidup kene diteruskan oleh orang yang tinggal.

Tiba-tiba aku teringat saat kematian,,,camna la kalau tiba2 aku mati,,,mestilah ada orang yang akan mengambil alih tugas aku sama ada suka ataupun tidak...teringat pula aku arwah Allahyarham En Karim yang baru saja meninggal tak berapa bulan lepas. Semua kerjanya terpaksa diambil alih orang2 yang masih hidup.

Jabatan aku memang sentiasa sibuk, terutama bos2 aku,,,,tapi dalam kesibukan itu sempat gak la buat majlis perpishan ringkas untuk aku.
Terharu gak aku sbb kali ni majlis perpisahan terakhir aku kat Felda,,,sebelum2 ini majlis perpisahan pindah tempat berkerja je,,tapi still dalam Felda.

Ingat tak kene berucap semalam,,,tapi MC suruh berucap..aku pun bagi la tak seberapa dua kata kata terakhir,,,aku nak cakap panjang2 segan laks sebab tengok boss aku pun asik guna handphone je,,,nampak sgt tengah bz. Jadi majlis ringkas aku tu sambil sessi bergambar adalah 15 minit. Tepat je jam 4:15 pm aku punch out dan meninggalkan bangunan office aku dengan rasa bercampur baur. Sedih sebab dah agak lama aku kat sini dan dah agak sebati... Gembira laks sebab aku akan bercuti agak lama,,,dan aku akan expolre bidang baru dalam hidup aku...mmhe here i come...:)

Aku pun berangan nak buat apa2 yg tak dapat aku buat masa berkerja,,,maklumlah,,,aku ssh sgt nak cuti...Rasa dlm masa cuti ni bleh la aku aktif kembali update blog aku,,,harap2 berterusan la,,hahaha.

Ni aku letak sikit photos majlis terakhir aku,,