Tuesday, September 16, 2008

Hari terakhir di Felda

Semalam adalah hari terakhir aku kat felda,,,,
Walaupun keje aku banyak lagi tak setel terutama payment untuk projek-projek semasa,,,tapi nak buat camna,,hidup kene diteruskan oleh orang yang tinggal.

Tiba-tiba aku teringat saat kematian,,,camna la kalau tiba2 aku mati,,,mestilah ada orang yang akan mengambil alih tugas aku sama ada suka ataupun tidak...teringat pula aku arwah Allahyarham En Karim yang baru saja meninggal tak berapa bulan lepas. Semua kerjanya terpaksa diambil alih orang2 yang masih hidup.

Jabatan aku memang sentiasa sibuk, terutama bos2 aku,,,,tapi dalam kesibukan itu sempat gak la buat majlis perpishan ringkas untuk aku.
Terharu gak aku sbb kali ni majlis perpisahan terakhir aku kat Felda,,,sebelum2 ini majlis perpisahan pindah tempat berkerja je,,tapi still dalam Felda.

Ingat tak kene berucap semalam,,,tapi MC suruh berucap..aku pun bagi la tak seberapa dua kata kata terakhir,,,aku nak cakap panjang2 segan laks sebab tengok boss aku pun asik guna handphone je,,,nampak sgt tengah bz. Jadi majlis ringkas aku tu sambil sessi bergambar adalah 15 minit. Tepat je jam 4:15 pm aku punch out dan meninggalkan bangunan office aku dengan rasa bercampur baur. Sedih sebab dah agak lama aku kat sini dan dah agak sebati... Gembira laks sebab aku akan bercuti agak lama,,,dan aku akan expolre bidang baru dalam hidup aku...mmhe here i come...:)

Aku pun berangan nak buat apa2 yg tak dapat aku buat masa berkerja,,,maklumlah,,,aku ssh sgt nak cuti...Rasa dlm masa cuti ni bleh la aku aktif kembali update blog aku,,,harap2 berterusan la,,hahaha.

Ni aku letak sikit photos majlis terakhir aku,,

No comments: