Sunday, March 9, 2008

Pertama Kali Beli Rumah Lelong

Pada 29hb Februari aritu, aku telah berjaya memenangi sebuah rumah lelong di kawasan tempat aku tinggal. Semuanya berlaku terlalu pantas....betul kata orang peluang biasanya akan datang ketika kita tidak bersedia…

Aku langsung tidak bersedia pada ketika itu,,,sebab aku baru sahaja membeli sebuah rumah dan banyak duit telah habis untuk rumah tersebut. Duit EPF yang aku dapat pun telah aku bekukan di dalam saham koperasi,,,,jadi duit yang liquid memang la terlalu sedikit.,,

Ianya bermula bila satu flyers masuk ke peti surat rumah aku,,,dan aku sangat tertarik dengan iklan di dalam flyers tersebut. Salah satu sebab aku sangat berminat dengan rumah tersebut kerana market price di situ mmg tinggi dan average going rate mmg masyukkk,,,

Aku terpaksa membida melalui agent sebab tarikh bidaan terlalu singkat, tak sempat nak amik cuti,,,takut boss aku marah sbb bagi short notice..Lagi pula aku tak pernah masuk lelong..Ada sekali jer aku masuk bilik lelong,,,itu pun bukan sebagai pembida,,,sebab ianya mega auction,,siapa-siapa pun diboleh masuk...So pengalaman teramat kurang…

Sebelum aku buat keputusan untuk masuk didalam lelong tersebut, beberapa perkara telah aku buat seperti yang disyorkan oleh Azizi Ali. Walaupun aku tak pernah masuk lelong, aku telah banyak membaca buku-buku berkaitan lelong dan pernah sekali mengikuti kursus Azizi Ali di kuantan tidak lama dulu....

Perkara pertama yang aku buat ialah memeriksa rumah tersebut dan juga membuat sedikit feasibility study tentang rumah tersebut termasuk potensi return untuk investment rumah tersebut…Secara kasarnya aku rasa return adalah positif cashflow,,,Cuma budget permulaan tu yang agak tinggi…

2 comments:

MasReena said...

suhaimi, sambung la agi pasal rumah lelong u tu..

Singgang said...

alahai...lama dah tak update blog...nnti la kalau ada masa haha